Monday, July 9, 2007

Matlamat Lembaga Pengawas SMKSA2

Matlamat Lembaga Pengawas SMKSA2
-Berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik sendiri dan para pelajar
-Berikhtiar untuk menjadi teladan kepada para pelajar
-Menekankan penerimaan tanggungjawab individu sebagai asas kejayaan peribadi,pencapaian -kumpulan dan pembaikan komuntiti
-Mengikhtirafkan dan memperkembangkan kepimpinan yang membina serta kejujuran peribadi
-Menggalakan dan mengamalkan rasa timbang rasa dan kesediaan untuk membantu orang lain
-Mengiktiraf kemuliaan dan nilai amalan yang berguna sebagai peluang untuk bekhidmat kepada sekolah
-Meningkat dan memelihara disiplin diri pelajar-pelajar di sekolah
-Mewujudkan suatu imej sekolah yang baik dan mengekalkan budaya sekolah
-Mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik di antara para pelajar dan pihak sekolah dengan pengawas-pengawas
-Bersatu padu untuk menjaga nama baik Lembaga Pengawas
-Mewujudkan dan mempertahankan identiti pelajar-pelajar SMKSA2


Tugas-Tugas Ketua Pengawas
-Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati oleh Lembaga Pengawas
-Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua pengawas
-Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas
Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
-Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
-Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, Johor, sekolah, patriotik dan membaca Rukun Negara pada perhimpunan mingguan


Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas
-Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal yang lain di atas arahan Guru Pengawas atau Tuan Pengetua
-Mewakili Ketua Pengawas
-Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya


Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha
-Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas
-Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
-Bertanggungjawab atas surat-menyurat
-Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas


Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari
-Mengutip wang bagi projek kewangan
-Membuka akaun (jika perlu)
-Menyediakan laporan kewangan
-Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)


Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
-Menjaga disiplin semua pelajar.
-Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
-Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut keadaan semasa.
-Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
-Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
-Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
-Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahan diri.
-Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
-Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas
-Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diberi tindakan adalah seperti berikut :
Ponteng sekolah/ponteng kelas
1.Merokok
2.Pergaduhan
3.Datang lewat
4.Tidak memakai stoking,name-tag/rencana
5.Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
6.Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
8.Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
9.Meggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
-Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan pengawas-pengawas:
1.Nasihat dan amaran
2.Merotan (merujuk kepada Tuan Pengetua)
3.Tindakan yang sewajarnya
-Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan pengawas tersebut akan dirujuk kepada Tuan Pengetua

Falsafah Lembaga Pengawas SMK Seri Alam 2

Falsafah Lembaga Pengawas SMK Seri Alam 2


Di SMKSA2, pelajar-pelajar diutamakan.
Setiap hari kita ingin menjadi lebih baik daripada semalam.
Setiap masalah mesti ada penyelesaian
Jadilah apa yang dicita-citakan
Lakukanlah apa yang kamu boleh untuk mencapai cita-cita
Tiada seorang daripada kita lebih baik daripada sekumpulan kita.Usaha semua lebih baik daripada individu
Komitmen ke arah peningkatan kurikulum,kokurikulum dan kemajuan yang berterusan

Lembaga Pengawas SMK Seri ALam 2

Lembaga Pengawas SMKSA2
Ahli lembaga pengawas juga dikenali sebagai pengawas. Kami menjaga disiplin pelajar pada bila-bila masa dalam sekolah. Selain menjaga disiplin, kami juga berperanan sebagai pembantu guru.
Lembaga Pengawas SMKSA2 mempunyai bilik pengawas yang tersendiri. Bilik-bilik ini merupakan bilik mesyuarat bagi pengawas-pengawas sekolah .



Prihatin terhadap alam sekitar
Elok dan terhadap alam sekitar
Nilai murni sentiasa diamalkan
Gigih dalam pengajaran
Awas terhadap najis dadah
Waspada terhadap gejala negatif
Amal yang baik tinggalkan yang mungkar
Sedia berkhidmat untuk sekolah