Matlamat Lembaga Pengawas SMKSA2
-Berusaha untuk meningkatkan pencapaian akademik sendiri dan para pelajar
-Berikhtiar untuk menjadi teladan kepada para pelajar
-Menekankan penerimaan tanggungjawab individu sebagai asas kejayaan peribadi,pencapaian -kumpulan dan pembaikan komuntiti
-Mengikhtirafkan dan memperkembangkan kepimpinan yang membina serta kejujuran peribadi
-Menggalakan dan mengamalkan rasa timbang rasa dan kesediaan untuk membantu orang lain
-Mengiktiraf kemuliaan dan nilai amalan yang berguna sebagai peluang untuk bekhidmat kepada sekolah
-Meningkat dan memelihara disiplin diri pelajar-pelajar di sekolah
-Mewujudkan suatu imej sekolah yang baik dan mengekalkan budaya sekolah
-Mewujudkan dan memelihara hubungan yang baik di antara para pelajar dan pihak sekolah dengan pengawas-pengawas
-Bersatu padu untuk menjaga nama baik Lembaga Pengawas
-Mewujudkan dan mempertahankan identiti pelajar-pelajar SMKSA2
Tugas-Tugas Ketua Pengawas
-Memastikan Falsafah Lembaga Pengawas diketahui,difahami,dan dihayati oleh Lembaga Pengawas
-Memastikan objektif-objektif Lembaga Pengawas dijadikan garis panduan oleh semua pengawas
-Mempengerusikan semua mesyauarat Lembaga Pengawas
Mewakili Lembaga Pengawas ke mesyuarat atau perjumpaan di luar sekolah
-Membahagikan kumpulan dan mengagihkan tugas AJK
-Mengetuai nyanyian lagu-lagu Kebangsaan, Johor, sekolah, patriotik dan membaca Rukun Negara pada perhimpunan mingguan
Tugas-Tugas Penolong Ketua Pengawas
-Mempengerusikan mesyuarat sekiranya Ketua Pengawas tiada atau atau ada hal yang lain di atas arahan Guru Pengawas atau Tuan Pengetua
-Mewakili Ketua Pengawas
-Membantu Ketua Pengawas menjalankan tugasnya
Tugas-Tugas Setiausaha dan Penolong Setiausaha
-Membantu Ketua Pengawas dan Penolongnya bagi setiap pembahagian dan pengagihan tugas
-Menyedia dan menyimpan setiap minit mesyuarat
-Bertanggungjawab atas surat-menyurat
-Menyimpan rekod peribadi pengawas-pengawas
Tugas-Tugas Bendahari dan Penolong Bendahari
-Mengutip wang bagi projek kewangan
-Membuka akaun (jika perlu)
-Menyediakan laporan kewangan
-Menyimpan rekod yang kemaskini (accurate and up-to-date)
Ahli Jawatan Kuasa Eksekutif
AJK Eksekutif terdiri daripada Ketua Pengawas, Penolong Ketua Pengawas, Setiausaha, Penolong Setiausaha, Bendahari, dan Penolong Bendahari.
Tugas-tugas Ahli Jawatankuasa Eksekutif:-
-Menjaga disiplin semua pelajar.
-Mengawasi kelakuan dan disiplin semua pengawas.
-Mesyuarat AJK Eksekutif mesti diadakan sekurang-kurangnya dua minggu sekali atau mengikut keadaan semasa.
-Mesyuarat tersebut dipengerusi oleh Ketua Pengawas atau wakilnya.
-Majlis ini berhak mengambil tindakan dan memberi hukuman yang munasabah kepada pelajar dan pengawas dalam mesyuarat tersebut.
-Pelajar-pelajar dan pengawas-pengawas yang menimbulkan masalah harus dibawa ke mesyuarat yang diadakan dan didakwa.
-Pelajar-pelajar dan pengawas pengawas yang disyaki melakukan kesalahan akan diberi peluang untuk mempertahan diri.
-Majlis AJK Eksekutif akan membuat keputusan dalam hal ini.
-Keputusan maktamad dibuat oleh Ketua Pengawas dan Guru Pengawas
-Kesalahan-kesalahan pelajar dan pengawas yang akan diberi tindakan adalah seperti berikut :
Ponteng sekolah/ponteng kelas
1.Merokok
2.Pergaduhan
3.Datang lewat
4.Tidak memakai stoking,name-tag/rencana
5.Rambut(panjang,berwarna,berfesyen)
6.Kurang bersopan dari segi tingkahlaku dan budi bicara
8.Tidak mematuhi peraturan sekolah ataupun kesalahan umum
9.Meggunakan kenderaan dalam kawasan sekolah secara bahaya
-Jenis-jenis tindakan yang akan diambil terhadap kesalahan pelajar-palajar dan pengawas-pengawas:
1.Nasihat dan amaran
2.Merotan (merujuk kepada Tuan Pengetua)
3.Tindakan yang sewajarnya
-Sekiranya tindakan yang diambil oleh AJK eksekutif itu tidak berkesan, pelajar dan pengawas tersebut akan dirujuk kepada Tuan Pengetua
Monday, July 9, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment